Resepi ayam masak paprik thai paling lazat – Ayam paprik thai adalah masakan yang mudah ditemui di malay food stall. Masakan melayu yang diguna pakai dari thailand ini merupakan kesukaan para mahasiswa. Oleh kerana itu, warung di dekat kampus banyak menjual menu ini. Menu ini disebut paprik kerana berasal dari bahasa Thailand iaitu Pad Prik. Pad bermakna digoreng, sedagkan Prik bermakna cili. Tidak hairanlah jika menu ini juga sering disebut dengan “Spicy Chicken Stir-Fry”. Agar mempunyai cita rasa thailand, masakan ini menggunakan thai roasted chili paste atau nam prik pao. Anda boleh membeli nam prik pao di pasar raya yang menjual bahan masakan asia. Jomlah kita cuba masak ayam paprik ala thai dengan panduan resepi yang sedap dan mudah ni.
Bahan-bahan:
2 sudu besar Minyak
2 ulas bawang putih, cincang
2 sudu Thai panggang chili paste (nam Prik Phao)
300 gram Dada ayam, dihiris kepada kepingan nipis
1/4 bawang, hiris tipis-tipis
60 gram kacang buncis, potong dengan panjang 2 inci
1/2 lobak merah kecil, dikupas dan dihiris
1/4 cili besar hijau (capsicum), buang bijinya dan dihiris nipis
1/4 cili besar merah atau 1 cili merah, buang bijinya dan dihiris nipis
3 biji cili padi, ditumbuk
1 1/2 sudu kecil kicap manis
1 1/2 sudu kecil sos ikan
Cara-cara masak ayam paprik ala thai
Panaskan kuali dengan api yang tinggi dan tambahkan minyak.
Tambah bawang putih ke dalam kuali dan tumis sehingga wangi, diikuti dengan nam Prik pao.
Masukkan ayam, tumis cepat sehingga ayam separuh masak.
Tambah bawang, buncis, lobak merah, cili besar hijau dan merah dan cili padi. Kacau untuk menggabungkan bumbu dengan ayam.
Tambah kicap manis dan sos ikan, kacau hingga sebati.
Jika ayam dan semua bahan-bahan sudah masak, segera hidangkan ayam masak paprik ala thai bersama nasi kukus.