Resepi biskut semperit susu pekat manis yang gebu dan cair di mulut adalah biskut wajib yang dihidangkan pada hari raya aidilfitri 2016. Sebab, disamping biskut raya modern yang lain, biskut klasik ini ada aura tersendiri. Seluruh keluarga pasti suka kerana rasa yang manis dan rangup. Supaya mudah dimasukkan ke dalam acuan terap, simpan doh sekejep di dalam peti ais. Biskut raya yang cair di mulut ini sangat mudah dan menawan di mata.
Bahan Biskut Semperit Susu
300 (1 1/2 cawan) gram butter
120 gram gula aising
2 kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar susu pekat manis
200 gram (1 1/2 cawan) tepung kastard
100 gram (3/4 cawan) tepung jagung
240 gram (2 cawan) tepung gandum
ceri merah untuk hiasan – potong kiub kecil
Cara-cara
1. Pukul butter dan gula aising hingga kembang dengan mixer atau whisk. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut semperit menjadi kembang.
2. Tambahkan kuning, telur, esen vanilla, dan susu pekat manis. Pukul hingga sebati dengan menggunakan mixer.
3. Tambahkan tepung kastard sedikit demi sedikit. Campur dengan menggunakan spatula hingga sebati.
4. Tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit lalu campur hingga sebati.
5. Terakhir, tambahkan tepung gandum dan campur hingga sebati dan menjadi doh yang lembut
6. Rehatkan doh selama 10 minit, masukkan dalam peti ais untuk rehatkan doh.
7. Masukkan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.
8. Terap dan hias bersama potongan ceri
9. Bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama 20 menit lalu angkat dan sejukkan di atas cooling rack.
10. Apabila sejuk sepenuhnya, masukkan biskut semperit ke dalam bekas kedap udara.
Biskut semperit susu siap disajikan sebagai biskut hidangan untuk hari raya aidilfitri 2016.
Resepi Biskut Semperit Lainnya:
https://borianafoods.com/resepi-biskut-semperit-badam-kopi-cappucino.html