Cubalah resepi biskut semperit cheese guna marjerin yang mudah dibuat dan lazat dinikmati ini. Resepi ini boleh untuk menyediakan 50 biskuit semperit dan masa memasak hanya 20 minit.
Bahan
30 gram tepung jagung
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
50 gram gula aising
230 gram marjerin
190 gram tepung gandum
30 gram tepung kastard
50 gram permesan cheese
Manik warna-warni
Cara-cara
1. Pukul marjerin dan gula aising hingga kembang
2. Campurkan semua bahan hingga sebati lalu biarkan selama 5 minit
3. Masukkan adunan biskut semperit ke dalam piping bag yang telah dipasang muncung berbentuk bintang lalu paipkan adunan ke atas dulang pembakar
4. Hiaskan dengan manik warna-warni
5. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit
Biskut semperit cheese yang sedap ini siap disajikan sebagai hidangan biskut raya.