Resepi Kuih Apam Johol (Daun Rambai) Sukatan Cawan
Apam johol yang proses pembuatannya menggunakan daun rambai ini dahulunya dikenali sebagai apam daun rambai. Banyak pengusaha dan pembuat kuih apam ini tinggal di Johol sehingga kuih muih tradisional ini dikenali sebagai apam johol. Pada mulanya, kuih ini selalu dihidangkan pada majlis jamuan di sekitar kawasan Johol dan Kuala Pilah sahaja. Namun, kerana mulai digemari, apam johol akhirnya mendapat perhatian Datuk Roslan Md Yusof yang meminta pengusaha kuih apam ini untuk mengekalkan ciri-ciri tradisi kuih iatu pembungkusan menggunakan daun rambai. Kuih tradisi dari johol yang benar-benar menjadi akan berbau wangi, lembut, dan merekah di bahagian atasnya. Berbeza dengan apam yang lain, apam johol ini boleh bertahan lama hingga empat hari. Jomlah cuba buat kuih yang lembut ini dengan panduan resepi apam johol yang ringkas ini.
Bahan-bahan
1 cawan pisang (lenyek dulu baru sukat)
1 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar
Daun rambai secukupnya
Cara masak apam johol daun rambai
1. Blend pisang, gula, soda bikarbonat, cream of tartar dan marjerin
2. Tuang dalam bekas lain, masukkan tepung sedikit-sedikit. Gaul hingga sebati
3. Bungkus dalam daun rambai seakan nasi lemak dan kukus selama 15 minit
Apam johol yang sedap siap disajikan. Selamat mencuba