Resepi biskut cornflakes mentega kacang sukatan cawan tanpa bakar
Saya sangat bersyukur kerana kita sebentar lagi akan memasuki bulan ramadhan. Bulan puasa bererti kita harus menyiapkan pelbagai masakan untuk berbuka dan juga aneka biskut untuk hari raya. Sekarang, kita sentuh sedikit mengenai salah satu resepi biskut raya yang menjadi kegemaran kanak-kanak iaitu biskut cornflakes. Tanpa bakar, Anda bisa dengan mudah menyediakan biskut cornflakes sebagai makanan kudapan di rumah saat hari raya. Jom kita layan resepi biskut mudah tetapi menjadi kegemaran kanak-kanak ini.
Dengan hanya empat bahan-bahan dan kira-kira 15 minit, anda boleh menyiapkan biskut cornflakes tanpa bakar buatan sendiri untuk hidangan biskut hari raya aidilfitri 2016 ini.
Bahan-bahan untuk buat biskut cornflakes mentega kacang sukatan cawan
6 cawan cornflakes
1 cawan gula
1 cawan sirap jagung
1 cawan mentega kacang
Cara-cara buat biskut cornflakes tanpa bakar untuk hari raya 2016
1. Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar, ketepikan.
2. Campurkan gula dan sirap jagung dalam periuk. Panaskan dengan api kecil, kacau terus menerus sehingga gula larut. Segera tutup api saat gula larut; tambah mentega kacang, kacau hingga sebati.
3. Tuangkan campuran mentega kacang ke cornflakes. Gaul hingga sebati, berhati-hati tidak menghancurkan kepingan jagung.
4. Masukkan cornflakes dengan senduk ke dalam paper cup. Sejukkan pada suhu bilik selama 30 minit. Simpan dalam bekas kedap udara.
Biskut cornflakes mentega kacang kegemaran kanak-kanak siap disajikan sebagai hidangan biskut raya.