Resepi cara membuat biskut semperit dahlia orange surpise bergambar step by step
Hari raya dan bulan ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Masa inilah ramai yang mula memikirkan biskut raya aidilfitri 2016 yang ingin dibuat. Biskut coklat, biskut cornflakes, dan biskut semperit merupakan kuih tradisi sempena perayaan hari raya yang diraikan di Malaysia. Biskut semperit yang berbentuk sekuntum bunga dahlia yang sedang mekar dan dihiasi dengan gula manik merah, biskut raya ini mengimbau nostalgia dan rasa yang sedap menjanjikan keenakan yang tidak terperi di hari raya aidilfitri.
Resepi biskut semperit dahlia orange surprise ini bukan sekadar sensasi biskut raya yang biasa. Kanak-kanak dan seluruh keluarga pasti menggemari resepi kuih tradisi ini. Biskut semperit orange surprise ini menawarkan ledakan kelazatan mentega yang diserikan dengan rasa jus oren dan dihiasi dengan seribu kilauan gula manik.
Bahan
200 gram Mentega Bergaram
85 gram gula aising
35 gram telur
6 sudu kecil jus oren pekat
20 gram parutan kulit oren
200 gram tepung gandum
70 gram tepung jagung
70 gram tepung kastard
Cara-cara membuat biskut semperit dahlia orange surprise
1. Pukul mentega bergaram dan gula aising hingga kembang lalu campurkan telur, jus oren pekat dan parutan kulit oren
2. Campurkan semua tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul hingga sebati. Masukkan doh ke dalam piping bag. Paipkan doh mengikuti bentuk bunga dahlia.
3. Hias dengan gula manik merah dan oren.
4. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.
Biskut semperit dahlia orange surpise siap disajikan untuk hari raya aidilfitri 2016
Kredit: wanista.com