Ramai peminat telur masin, jom cuba buat telur masin sendiri secara homemade. Senang dan simple je nak buat telur masin guna telur ayam. Resepi step by step ni sangat cocok bila di perantauan. Sangat menjimatkan, bajet RM10 boleh dapat 30 biji telur masin ayam. Jom tengok resepi telur masin ayam yang mudah dan ringkas ni.
Petua dari perkongsian Are Peace, semasa peram pastikan simpan di tempat yang gelap supaya kuning telur jadi warna oren. Semakin gelap, semakin bagus warna oren. Beliau simpan telur di dalam kabinet dapur.
Bahan-Bahan
30 Biji telur ayam gred B (RM 9.20)
1 kg garam kasar (RM 0.80)
Cara buat telur masin
1. Telur ayam dibasuh dan dikeringkan
2. Satukan garam kasar dan air dalam periuk. Agak-agak telur tu tenggelam jika dimasukkan. Masak hingga mendidih sehingga garam larut. Sejukkan. Pastikan air benar-benar sejuk
3. Susun telur dalam bekas. Tuang air garam yang telah sejuk.
4. Rendam di tempat yang gelap selama 14 hari. Air garam tidak perlu ditukar sepanjang 14 hari proses pengasinan tersebut.
5. Cukup 14 hari boleh tukar air rendaman dengan air biasa. Jangan rendam dalam air garam lebih dari 14 hari sebab nanti terlebih masin. Boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila terasa nak makan telur masin, baru rebus.
Selamat mencuba