,

Resepi Kek Milo Microwave 3 Minit Gebu dan Lazat!

RESEPI KEK MILO MICROWAVE 3 MINIT GEBU DAN LAZAT

resepi kek milo gebuAdakah anda percaya bahawa anda boleh menyiapkan 2 cawan kek milo gebu dan lazat ini hanya dalam 3 minit? Saya yakin, ramai orang yang tidak percaya. Memasak kek milo dengan microwave bukanlah sesuatu yang sukar. Jika kita rajin dan memasak dengan kasih dan sayang, memasak akan menjadi perkara yang mudah. Tabooprincess.com akan berkongsi resepi yang mudah untuk membuat kek milu yang gebu dan lazat. Jomlah semak resepi ini agar anda boleh membuat kek milo hanya dalam 3 minit.
.
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar Milo
4 sudu besar gula kastor atau gula halus
4 sudu besar susu segar
4 sudu besar minyak jagung
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
sedikit choc cip dan choc rice untuk hiasan
2 mug atau ramekin ( yang boleh di bakar dalam microwave )
.
Sebaiknya tepung gandum dan baking powder di ayak bersama terlebih dahulu
Masukkan milo, tepung, gula, baking powder, susu, minyak jagung, telur dan vanilla ke dalam mangkuk pengadun
Kacau adunan rata dengan senduk kayu, sudu atau wisk
Kacau rata
.
Sedikan ramekin atau mug atau apa-apa mangkuk yang boleh di bakar dalam microwave
Tuangkan adunan kedalam mangkuk 3/4 atau 1/2 bahagian mangkuk sahaja , kerana adunan akan naik dan di takuti membuak dan tumpah
Akhir sekali taburkan choc cip atau choc rice dia atasnya
.
Bakar dalam microwave selama 3 minit sahaja. Kalau lebih masa bakar dia akan sedikit keras. Kalau 3 minit ngam-ngam sedap dan lembut.
Kalau tak ada microwave boleh juga di bakar dalam oven, masa membakar lebih kurang 15 minit jika menggunakan oven.

resepi kek milo mudah

resepi kek milo microwave

resepi kek milo lazat

resepi kek milo 3 minit

Resepi Oleh : Siti Nor Arbi Ibrahim
Rujukkan : Masak Apa Hari Ini
Sumber : Azlita Masam Manis

5 Resepi Masakan Korea Yang Wajib Dicuba!

Resepi Ayam Masala Yogurt India