Resepi mudah jagung, ubi keledek, kentang dan telur menggunakan ketuhar gelombang mikro. Hanya 5 minit sahaja!
Anda mempunyai ketuhar gelombang mikro dan tidak mahu memasak dengan menggunakan api dan gas? Bagaimana dengan memasak jagung, ubi keledek, kentang dan telur? Bolehkah ia dimasak dengan sempurna? Boleh sahaja. Ini antara caranya.
Jagung bakar ala ketuhar gelombang mikro
Cara-cara:
1. Cuci bersih jagung dengan air sehingga bersih. Biarkan kulitnya basah dan lembab.
2. Masukkan jagung tersebut ke dalam ketuhar gelombang mikro dan biarkan selama 5 minit dengan suhu yang tinggi.
Jagung pun sudah masak dengan empuk, harum dan manis. Sedia untuk dimakan. Letakkan sedikit mentega atau marjerin ketika ia masih panas. Pasti terasa lebih lemak dan manis lalu meresap ke dalam mulut.
Ubi keledek panggang dengan ketuhar gelombang mikro
Cara-cara:
1. Cuci bersih ubi keledek dan basahkan permukaan kulitnya.
2. Ambil kertas tisu dapur yang tebal dan bungkus ubi keledek.
Tujuan dibalut dengan kertas tisu dapur supaya kelembapan ubi keledek itu akan terkawal dan ia tidak menjadi kering.
3. Masukkan bungkusan keledek di dalam ketuhar gelombang mikro dengan suhu yang tinggi selama 3 minit dengan membalik-balikkannya selama 3 minit lagi. Setelah 6 minit, ubi keledek telah masak dan tersedia untuk dinikmati.
Cara memasak dengan cepat dan melembutkan kentang dengan ketuhar gelombang mikro
Cara-cara:
1. Cuci bersih kentang-kentang yang sederhana saiznya. Setelah itu masukkan ke dalam plastik khas pembungkus buah-buahan dan sayur-sayuran. Kemudian cucuk beberapa lubang pada kentang dengan lidi pencucuk.
2.Setelah itu, masukkan bungkusan kentang tadi ke dalam ketuhar gelombang mikro. Tetapkan dengan suhu tinggi selama 5 minit. Apabila selesai, kentang menjadi lembut dan empuk.
Telur hancur panggang menggunakan ketuhar gelombang mikro
Bahan-bahan.
Satu biji telur, susu, keju (pilihan) , minyak zaitun dan sedikit daun bawang.
Cara-cara:
1. Basahkan kertas tisu dapur dengan sedikit minyak zaitun dan sapukan ia di tepi mangkuk.
2. Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk tersebut. Tambahkan dengan sedikit susu mengikut suka sama ada banyak atau sedikit.
3. Kacau dengan garfu agar kedua-dua bahan ini menjadi sebati.
4. Ambil satu helai tisu dapur dan tutup mangkuk tersebut dengannya. Masukkan adunan telur ke dalam ketuhar gelombang mikro dan panaskan dengan suhu tinggi selama 50 saat.
5. Setelah selesai, keluarkan telur tersebut. Taburkan dengan parutan keju dan daun bawang yang dicincang halus. Masukkan kembali ke dalam ketuhar gelombang mikro dan panggang ia dengan suhu tinggi selama 30 ke 45 saat. Telur hancur dengan susu panggang yang harum dan menyelerakan telah sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Kredit foto: wechatpress
Era Baru
The post Resepi mudah jagung, ubi keledek, kentang dan telur menggunakan ketuhar gelombang mikro. Hanya 5 minit sahaja! appeared first on Era Baru Malaysia.
Kredit:Penmerahpress