Resepi mudah selesai dalam satu minit dengan menggunakan bahan yang lazat ini. Cuba snek ini baru tahu!
Bagaimana apabila kita dipanggil pada waktu tengah malam oleh seseorang dan beliau mahu memakan snek sebagai pengalas perut yang lapar.
Malam sudah lewat dan perut terasa lapar dan anda mahu menyediakan satu hidangan dengan cepat dan jangan pula membakar kentang kerana ia tidak menyihatkan untuk dimakan pada waktu malam.
Apa kata anda membakar bahan masakan ini iaitu cendawan shitake atau apa-apa jenis cendawan yang serupa dengannya yang berada di dalam peti sejuk di rumah anda. Resepi ini sangat mudah. Dalam masa satu minit, ia sudah boleh dihidangkan atau dibawa pergi. Dan semua orang boleh menyediakannya.
Ambil beberapa cendawan shitake atau lain-lain cendawan segar dan bersihkan.
Potong kakinya dan letakkan cendawan ini secara terbalik di atas aloi yang dibalut dengan pembalut aluminium.
Renjiskan sedikit kicap soya manis atau kicap soya cair ke atas cendawan itu.
Letakkan kepingan keju di atas cendawan dan bakar di dalam ketuhar dengan suhu tinggi selama 1 minit.
Setelah selesai 1 minit, keju akan mencair di atas cendawan dan baunya amat menyelerakan.
Resepi ini sangat mudah dan lazat. Cendawan lebih berzat untuk dimakan sebagai snek dari makanan lain di waktu malam.
Cubalah sendiri resepi mudah ini di rumah. Jangan lupa membeli cendawan yang segar di pasar!
Kredit foto: bldaily.com
Era Baru
The post Resepi mudah selesai dalam satu minit dengan menggunakan bahan yang lazat ini. Cuba snek ini baru tahu! appeared first on Era Baru Malaysia.
Kredit:Penmerahpress