,

Tidak perlu membeli lagi! Cara mudah menanam tauge di rumah, hanya perlu mengikut langkah ini

Tidak perlu membeli lagi! Cara mudah menanam tauge di rumah, hanya perlu mengikut langkah ini

Tahukah anda tauge itu asalnya dari kacang hijau? Rasanya kebanyakan kita semua sudah tahu. Sungguh pun tauge itu murah sahaja untuk dibeli di pasar dan kedai, namun anda boleh menanamnya sendiri di rumah.

Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah yang mudah dan lebih bersih ini.

Apa yang anda perlukan ialah 100 gram kacang hijau, satu botol plastik minuman 1.5 liter, sebarang penebuk lubang yang berbucu tajam, satu mangkuk dan cawan  serta plastik yang berwarna gelap.

1. Sediakan 1 botol plastik minuman 1.5 liter. Bersihkan dan buang labelnya. Tebuk lubang di sekeliling botol tersebut dengan alat penebuk seperti pemutar skru yang tajam, jarum atau lain-lain. Tujuan lubang dibuat untuk pengaliran keluar air apabila kacang hijau direndam nanti.

2. Letakkan 1oo gram kacang hijau ke dalam mangkuk dan bilas dengan bersih. Buang semua kekotoran dan hampas sehingga bersih. Rendam kacang hijau tadi di dalam air yang suam. Campurkan 3 cawan air sejuk dan 2 cawan air panas, menjadi rendaman air suam. Rendam kacang hijau selama 1 jam.

3. Keluarkan kacang hijau yang sudah ditoskan airnya dan sediakan satu lipatan kertas dan letakkan ia di mulut botol. Masukkan semua kacang hijau tersebut ke dalam botol dan tutupkan ia dengan penutup botol.

4. Goncang kacang hijau itu menjadi rata dan sentiasa biarkan posisi botol secara mendatar. Tutup botol tersebut dengan satu bungkusan plastik berwarna gelap. Biarkan kacang hijau di dalam botol itu semalaman.

5. Pastikan anda merendam benih tauge ini di dalam air setiap hari selama dua kali sehari. Rendam selama 5 minit dan kemudian toskan airnya. Lakukan langkah ini setiap hari sehingga kacang hijau itu bercambah menjadi tauge.

6. Kacang hijau ini akan menjadi tauge yang akan memenuhi botol plastik minuman tersebut selepas 4 hari. Potong botol itu dan keluarkan kesemua tauge yang segar ini. Rendam di dalam air serta bilas dengan membuang semua kulit kacang hijau yang telah mengelupas.

Tauge dari 100 gram kacang hijau telah tersedia dan kini anda boleh memasak dengan resepi kegemaran.

Kredit foto : Youtube Screenshot

Lihat video di bawah dengan langkah hebat membuat tauge di rumah.

Era Baru

  • 1
  • 2
  • 3

The post Tidak perlu membeli lagi! Cara mudah menanam tauge di rumah, hanya perlu mengikut langkah ini appeared first on Era Baru Malaysia.

Kredit:Penmerahpress

Rahsia Makan Sayur Bayam Kalau Nak Cepat Kurus?

(10 Gambar) Transformasi Wajah Wanita Sebelum Dan Selepas Memakai Makeup..