,

(VIDEO) Trend Hias Kuku Dengan ‘Lampu Lip Lap LED’ Pula Melanda Di Korea..

(VIDEO) Trend Hias Kuku Dengan ‘Lampu Lip Lap LED’ Pula Melanda Di Korea..

SEOUL – Sebelum ini netizen digemparkan penciptaan produk bulu mata dengan lampu kecil dipanggil F.Lashes yang membolehkan mata anda bercahaya meriah macam suasana hari raya.
Namu kali ini adalah lebih unik apabila cuba bayangkan kuku jari tangan anda pula yang mampu dihias indah dengan kerlipan ‘lampu lip lap’ yang bersinar ceria terutama jika berada dalam suasana gelap.

Mot nail den Led phat sang dang gay sot Instagram co gi la - Anh 2
Mot nail den Led phat sang dang gay sot Instagram co gi la - Anh 4
Itulah yang dilakukan oleh Park Eunkyung, seorang pereka kuku yang popular dari Korea Selatan. Beliau mungkin memulakan satu trend dalam seni perhiasan kuku – lampu lip-lap dengan light-emitting diode (LED)

Menurut laporan media tempatan, kuku dengan lampu LED sebegini memang amat sesuai bagi mereka yang mahu menjadi perhatian utama dalam majlis keramaian atau pesta sukaria komuniti.
Laman sesawang Oddity Central melaporkan, Eungkyung, yang diikuti ramai menerusi akaun Instagram, memuat naik satu siri gambar idea seni perhiasan kuku beliau – kuku palu yang dihias dengan lampu LED.

Mot nail den Led phat sang dang gay sot Instagram co gi la - Anh 5
Menarik? Namun pada masa yang sama ia sukar untuk dilaksanakan. Beliau kemudian membuat keputusan untuk terlebih dahulu mengenakan reka bentuk seperti anting-anting bagi perhiasan LED yang luar biasa itu.

Mot nail den Led phat sang dang gay sot Instagram co gi la - Anh 8
Selepas meggerudi satu lubang kecil di kuku palsu itu, Eunkyung memasang perhiasan tersebut di hadapan dan menghubungkannya dengan bateri-bateri bersaiz mini dipasang di belakang kuku palsu berkenaan.

Oddity Central tidak pasti berapa lama jangka hayat bateri tersebut dapat bertahan atau jika Eunkyung merancang untuk menjual perhiasan kuku LED tersebut kepada mana-mana syarikat yang berminat.

Mot nail den Led phat sang dang gay sot Instagram co gi la - Anh 9

Namun ramai sudah tidak sabar untuk mendapatkan alat itu. Gambar dan video beliau di Instagram sahaja sudah ditonton puluhan ribu kali dan berkemungkinan menjadi trend masa depan.
VIDEO:

Kredit:Penmerahpress

Hanya tambah beberapa bahan, resepi telur dadar anda menjadi hidangan sarapan pagi yang sihat dan lengkap!

14 hidangan yang teruk oleh tukang masak ‘berbakat’