,

Wanita Berusia 41 Tahun Ini Buktikan Usia Bukan Penghalang Untuk Berjaya Turunkan Berat Badan Sampai 40kg. Ikuti Tips Daripada Beliau..

Wanita Berusia 41 Tahun Ini Buktikan Usia Bukan Penghalang Untuk Berjaya Turunkan Berat Badan Sampai 40kg. Ikuti Tips Daripada Beliau..

Kisah inspirasi, tentang ibu anak tiga, usia 41 tahun yang berusaha menurunkan berat badan seberat 88kg.Ketika itu, baju-bajunya bersaiz XXXL. Sampailah suatu hari tuhan beri kejutan kesihatan. Sampaikan pernah murung diakibatkan masalah berat badan.

Ujian dilalui dengan cekal, sampailah Mariam berjaya menukar saiz bajunya ke saiz XS. Terkini beratnya 48kg. Ini cerita Puan Mariam Awang Kechik.

Kenapa Berat Naik
Selepas melahirkan sebanyak 3 kali, berat tak pernah turun. Soal makan bukan satu masalah. Itu kegemaran sejak dulu, ditambah kerjaya suami sebagai Chef. Sudah tentu sajiannya sedap-sedap belaka.

Faktor Turunkan Berat
1. Bila disahkan paras gula dalam darah sudah sampai garis sempadan, kadar kolesterol dan asid urik yang tinggi.
2. Bakal hidapi kencing manis
3. Teguran suami; kasihan lihat dirinya yang cepat mengah
4. Mulai sakit lutut dan lenguh sendi
5. Walaupun baru 40-an, tapi fizikal macam 60 ke 70 tahun.

Cara Yang Salah
Selepas dibayangi alasan-alasan di atas, Mariam berusaha turunkan berat badan dengan cara pantas. Dalam masa 2 bulan dia lakukan ini:
– Briskwalk setiap petang di sekitar taman perumahan.
– Ikat perut sebab nak berat turun dengan pantas.
Rupanya caranya salah sebab tak beri kesan apa pun. Dia mula google di Internet dan mencari maklumat turunkan berat badan.
Ini Yang Ditemui, Kumpulan Sokongan Yang Betul
– Temui di Internet, Tengku Asmadi yang memberi tunjuk ajar menegnai kaedah berdiet yang lebih mudah difahami.
– Ada kumpulan sokongan menerusi grup WhatsApp ‘Kurusku Ibadahku’ yang diasaskan oleh Tengku Asmadi
– Mula berdiet sendirian dengan rutin pemakanan yang di ajar di blog Asmadi, hasilnya kehilangan 19 KILOGRAM.

– Dari berat asal 88 KILOGRAM, Mariam kini seberat 48 KILOGRAM!
– Senaman sumbangkan 20% pengurangan berat, selebihnya PERUBAHAN GAYA HIDUP.
– Rutinnya, 3x seminggu akan bersenam. Dia mula berlari dan ikuti acara larian.
Rutin Pemakanan Mariam
5:00 pagi: Segelas air putih yang dicampur dengan perahan lemon dan cuka epal untuk detoks

7:00 pagi: Sarapan dengan segelas minuman buah-buahan kisar dan sekeping roti gandum penuh yang dibakar (kosong sahaja)

10:00 pagi: Segelas minuman buah-buahan kisar atau salad mentah

1:00 tengah hari: Sepotong betik atau nanas sebelum makan. Nasi dalam kuantiti separuh bersama ayam atau ikan bersama tiga jenis sayuran


4:00 petang: Minuman buah-buahan kisar atau makan kekacang (kacang tanah putih yang dibakar, badam atau pun gajus).

7:00 malam: Minuman buah-buahan kisar

*** Elakkan pengambilan makanan dan minuman yang manis

Kredit: Mingguan Wanita

Kredit:Penmerahpress

Anak-Anak Suka Mayonis? Tapi Nak Beli Harga Mahal? Jom Buat Sendiri Dengan 4 Cara Mudah Ini…

Ibu Hamil dan Menyusu Boleh Cuba Cara Ini Untuk Menjalani Ibadah Puasa Nanti Dengan Bertenaga Tanpa Rasa Penat..