Wanita Ini Kongsikan Resepi Susu Pekat Manis Homemade, Sangat Mudah Dan Menjimatkan..
Juliawati Mohamad Rosdi, 39, berkata, dia tidak menyangka resipi susu pekat manis buatan sendiri yang dikongsi olehnya di media sosial tidak lama dulu, kini tular di media sosial.
“Resipi susu pekat tu sebenarnya saya tengok di internet, tak silap saya tahun lepas.
“Saya cuba buat sendiri di rumah, Alhamdulillah jadi dan saya pun berkongsi dengan rakan-rakan di Facebook, tak sangka resipi susu tu jadi popular sekarang,” katanya.
Juliawati atau lebih seang disapa Aleen berkata sejak susu pekat hasil air tangannya menjadi, dia sudah jarang-jarang membeli susu pekat yang dijual di kedai.
Katanya, berdasarkan resipi yang dikongsi di media sosial, dia mampu memperolehi sehingga tiga botol susu pekat untuk disimpan sebagai stok di rumahnya.
“Cuma ia tak boleh disimpan lamalah macam yang dibeli di kedai sebab tak ada bahan pengawet,” katanya.
Mengenai perbezaan rasa susu pekat buatan sendiri dengan susu pekat di pasaraya, Aleen yang bekerja sebagai kerani pentadbiran di Damansara ini mengakui ia tidak seratus peratus sama.
“Ada sikit perbezaan, taklah sama ‘sebiji’ tapi yang pastinya kita boleh mengubah rasanya mengikut cita rasa masing-masing.
“Kalau nak sedap lagi boleh gantikan susu cair kepada susu tepung, itulah yang saya selalu buat, begitu juga tahap kepekatannya…saya biasanya buat cair sedikit,” katanya.
Menurut Aleen, sebab utama dia memilih untuk membuat susu pekat sendiri adalah kerana kadar gula yang boleh dikurangkan.
“Ia salah satu satu cara untuk saya dan keluarga mengurangkan kadar pengambilan gula,” katanya.
Aleen berkata dia sering menggunakan susu pekat yang dibuatnya untuk memasak dan membancuh minuman.
“Anak-anak saya suka cicah dengan roti, sebab itu saya kerap juga membuatnya,” katanya sambil menambah dia akan membuat tiga hingga empat kali susu pekat dalam sebulan.
Katanya, membuat susu pekat sendiri juga membantu ibu-ibu berjimat kerana mengikut resipi yang dikongsinya, bahan-bahan yang diperlukan tidak akan digunakan sampai habis.
Berikut resipi susu pekat yang dikongsi oleh Aleen:
VIDEO:
Sumber: mStar
Kredit:Penmerahpress