,

6 Koleksi Resepi Kek Batik Versi Baru Yang Paling Sedap dan Senang! Wajib Anda Cuba!

Kek batik ialah makanan khas melayu yang paling sedap dan senang dibuat kerana tidak perlu dibakar dalam oven seperti kek yang lain. Koleksi resepi kek batik ni memang paling best, sangat lembut dan juga terasa lemak-lemak manis.

Saat ini, banyak resepi kek batik versi baru yang korang ramai suka. Yang paling best, cara buat kek batik ni tidak memerlukan peralatan untuk membuat kek seperti mixer. Untuk membuat kek batik pun tidak memerlukan masa yang lama. Meskipun begitu, rasanya sedap sangat dan membuat terliur. Kek batik ni sesuai untuk dimakan bersama keluarga tercinta ataupun sebagai hidangan untuk tetamu, sangat sesuai untuk segala jenis keramaian.

Jom tengok aneka resepi kek batik versi baru ni. Anda pasti teringin mencuba semua resepi di bawah.

1. Resepi Kek Batik Biskut Marie Nestum Tanpa Telur

Resepi kek batik yang pertama, kami tampilkan resepi yang paling asas iaitu kek batik guna biskut marie dan serbuk milo. Namun, resepi ini tidak menggunakan telur. Kek batik ni sangat sesuai untuk korang yang sedang diet kerana menggunakan NESTUM. Agar lebih sihat, resepi ini juga tidak menggunakan gula. Sebagai gantinya, kek batik tanpa telur ini menggunakan susu pekat manis untuk memaniskan.

Jom kita tengok apa bahan-bahan untuk membuat kek batik biskut marie sihat guna nestum ni.

bahan-bahan kek batik nestum milo biskut marie tanpa telur

Cara step by step membuat kek batik nestum tanpa telur tanpa gula ni boleh tengok di sini.

Resepi kek batik tanpa telur ini sangat sesuai untuk Anda yang alah dengan telur.

2. Resepi Kek Batik Topping Cheese Meleleh

resepi kek batik peanut butter cheese meleleh mudah sedap lazat 03
Anda peminat cheese? Rasa lezat cheese dapat berpadu dengan rasa manis kek batik. Berbeza dengan kek batik versi original, kek batik topping cheese ini tidak menggunakan mentega. Sebagai gantinya, resepi ini menggunakan peanut butter. Selain itu, topping cheese meleleh juga dipadu dengan biskut oreo yang lemak-lemak manis.

Jom tengok resepi kek batik topping cheese meleleh di sini sebelum menitiskan air liur.

3. Resepi kek batik coklat ganache, lemak-lemak manis sangat menyelerakan!

resepi kek batik bertoping choc ganache
Jika korang terfikir mengenai coklat, ungkapan ini pasti Anda ingat: “Chocolate makes everything better!” . Setiap kek dengan topping coklat ganache pasti sangat menggiurkan. Ganache ini ialah krim coklat yang lembut dan mengandung kandungan lemak hingga 40%. Rasanya yang manis dan lemak ini menjadi kegemaran ramai. Kek batik dipadu coklat ganache memang digemari ramai dan amat menyelerakan, terutama kanak-kanak.
Anda ingin mencuba buat kek batik topping coklat ganache? tengok resepinya di sini!

4. Resepi kek batik hijau pandan paling best dan mengangkat selera!

resepi kek batik hijau pandan horlick
Jika korang terfikir kek batik, mesti teringat dengan coklat. Korang dah jemu kek batik coklat? Jom cuba kek batik hijau. Resepi kali ini berbeza dengan kek batik yang lain kerana kek ini mengekalkan rasa horlicks yang berkrim dan sangat mengangkat selera.

Bahan-bahan
2 biji telur
1 cawan planta
1 cawan susu pekat
1 cawan horlick
1 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
1 paket biskut marie (dipatah-patahkan)
pes pandan

Cara-cara buat kek batik hijau pandan
1. Pukul telur dan gula sampai kembang
2. Masukkan planta dan susu lalu pukul lagi
3. Masukkan horlick, lalu gaul sebati dan sekata kemudian masukkan tepung gandum
4. Masukkan pes pandan lalu gaul sampai sebati
5. Masak adunan dalam kuali dengan api sederhana dan senantiasa kacau sampai adunan hampir pekat.
resepi kek batik hijau pandan horlick 01
6. Masukkan biskut marie lalu kacau hingga sebati
resepi kek batik hijau pandan horlick 02
7. Tuang adunan ke dalam loyang, tekan dan mampatkan adunan.
8. Jika dah suam, simpan dalam peti ais

Sajikan kek batik hijau pandan ni semasa sejuk.

5. Resepi kek batik cappucino ala sarawak sesuai bagi mereka yang gemar kopi

resepi kek batik cappucino ala sarawak

Resepi kek batik ala sarawak ini mengetengahkan rasa cappucino untuk mengangkat selera mereka yang gemar kopi. Bahan-bahan untuk membuat kek batik cappucino ini pun sangat mudah ditemukan, hanya 5 bahan je. Rugi kalau tak cuba buat kek batik ala sarawak ini.

Bahan-bahan
bahan-bahan resepi kek batik cappucino ala sarawak
1 paket biskut marie perisa cappucino (dipatah-patahkan)
1 tin susu pekat
1 paket kecil Vico
1 cawan butter
Kacang blender untuk topping

Cara-cara buat kek batik cappucino
1. Cairkan butter dalam kuali
2. Masukkan susu pekat, kacau hingga sebati
3. Masukkan Vico sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati dan takde ketul ketul Vico
4. Masukkan biskut Marie dan gaul hingga semua biskut tersalut adunan coklat
5. Tekan dan mampatkan adunan
6. Tabur taburkan kacang blender sebagai topping
7. Jika adunan kek batik cappucino dah suam, simpan dalam peti ais

Kek batik cappucino siap disajikan semasa sejuk

6. Resepi kek batik kopi berkacang yang padu dan menyelerakan

resepi kek batik kopi berkacang
Rasa manis kek batik, rasa lemak kacang tanah, dan aroma sedap kopi berpadu menjadi rasa yang sangat menyelerakan dan menitiskan air liur. Bahan-bahan untuk membuat kek batik kopi berkacang ini pun mudah dan senang. Terimakasih kepada kak ida yang sudah berkongsi resepi istimewa ini. Jom tengok resepi kek batik ala kak ida:

Bahan:

200 gram milo
250 gram butter
3 sudu makan serbuk koko
1 tin kecil susu pekat manis
1 paket biskut marie
1 sudu kecil serbuk kopi nescafe
kacang tanah kisar secukupnya untuk topping

Cara membuat kek batik kopi berkacang:

1. Sediakan loyang yang dialas plastik bersih supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dari loyang tanpa mencacatkannya)
2. Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali.
3. Setelah butter cair, masukkan susu, milo sedikit demi sedikit, lepastu gaul sehingga milonya hancur dan sebati
4. Masukkan serbuk koko dan kopi nescafe. Gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi.
5. Setelah adunan pekat, susunlah biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
6. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
7. Ulangi langkah di atas sehingga adunan habis.
8. Tabur kacang tanah kisar sebagai topping.
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais semalaman.

Potong dan kek batik kopi berkacang siap untuk dihidangkan!

Di antara 6 koleksi resepi kek batik di atas, mana kegemaran Anda?

5 Resepi Biskut Hari Raya Aidilfitri 2018 ala Chef Wan Terkini

resepi laksa penang pekat sedap mudah 00

Resepi Laksa Penang Paling Sedap, Pekat dan Mudah! Step By Step Semudah A,B,C!