Kek batik topping choc ganache ini adalah salah satu jenis “No-Bake Cake” atau kek yang dibuat tanpa perlu memasak nya. Resepi kek tanpa bakar ni amatlah mudah dan senang dibuat sesiapa sahaja. Kek batik yang bersalut coklat ganache meleleh ni rasanya sangat padu dan pasti membuat terliur.
Sila ikuti resepi kek batik coklat Ganache saya ini untuk mendapatkan hasil yang seperti di atas. Resepi kek batik ini amat lah mudah dan senang untuk diikuti. Saya jamin anda pasti akan berpuas hati dan tidak menyesal dengan hasil nya.
Bagi memastikan kek batik yang dihasilkan berkualiti, Saya menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi. Saya sememangnya suka-suka buat kek batik, kini jadi pendapatan dari berniaga dan dengan hasil pendapatan jualan kek batik itu saya mampu menampung perbelanjaan untuk membeli kelengkapan hobi masak.
Bahan A
1pek biskut Marie (300g)
250g Buttercup
1tin susu pekat
1cawan air masak
6sudu besar serbuk koko
14sudu besar milo
Telur 2biji
Bahan B (Topping/choc ganache)
1cawan Whipping cream Anchor UHT
100 gram Choc compound
100 gram Dark Choc
1sudu besar butter
Cara cara buat kek batik topping coklat ganache:
1. Cairkan terlebih dahulu buttercup. Saya guna kuali jer senang nak kaup balik. Bila butter dah separa cair. Tutup api. Masukkan Milo. Serbuk koko dan telur. Kemudian kacau sampai sebati. Terutamanya telur. Dah sebati pasang api blk. Kemudian masukkan susu sedikit. Selang seli dengan air. Bila adunan dah likat dan keluar buih-buih, maknanya adunan dah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie. Dan kaup balik sampai sekata.
2. Tuang biskut marie dlm loyang 10 inci. Lapis loyang dengan plastik atau guna loyang yang terbuka bawahnya. Saya lapiskkan pakai plastik bekas biskut marie tu. Lebihkan kiri kanan supaya mudah nak tarik keluar nanti. Tekan-tekan adunan biskut marie smpi rata. Sejukkan.
3. Sementara menunggu adunan tu sejuk, buat choc ganache guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu. Kemudian tuang 1 cawan whipping cream dalam bekas lain. Letakkan atas air yg dipanaskan (kaedah double boiled). Kacau-kacau sampai rasa suam, lepastu masukkan choc. Kacau sampai semua coklat ganache cair dan sekata. Kemudian masukkan butter. Kacau lagi. Tutup api dan angkat. Sejukkan 30 minit.
4. Kemudian tuang coklat ganache atas kek batik tadi. Simpan peti sekurang-kurangnya 6 jam utk dapatkan kek batik bersalut coklat ganache yang cantik dan mudah dipotong.
Selamat mencuba!
Selain padu sebagai topping kek batik, coklat ganache juga padu untuk dibuat menjadi kek coklat.