,

Cara-Cara Buat Mini Roti John Secara Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak..

Cara-Cara Buat Mini Roti John Secara Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak..

Roti John adakah antara makanan ringan yang menjadi kegemaran ramai terutamanya bila tiba bulan puasa. Namun, agak susah nak jumpa gerai yang jual Roti John ni yang memuaskan hati. Harga mahal tapi inti sikit. Hirisan kubis je tinggi menimbun. Jom belajar buat Roti John secara homemade. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN

  • 200gm daging kisar
  • 4 biji telur
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 2 biji ubi kentang | potong dadu
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 paket kecil rempah sup
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan marjerin / mentega
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya
  • Roti frankfurter
  • Mayones secukupnya
  • Sos cili secukupnya
  • Mozzarella Cheese (Optional)

CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega @marjerin .
2. Masukkan bawang besar.Tumis sampai sedikit layu.
3. Masukkan kentang yang dipotong dadu. Kuantitinya ikut citarasa. Nak lebihkan pun boleh.
4. Kemudian masukkan daging kisar.Gaul sekata.
5. Masukkan kiub pati ayam. Kacau lagi hingga larut.
6. Selepas semua bahan kelihatan mesra, masukkan rempah sup.
7. Perasakan dengan sedikit garam. Guna sedikit sahaja kerana kiub pati ayam tadi telah memberikan rasa masin.
8. Lepas dah siap masak, pecahkan telur dan campurkan dengan inti yang siap dimasak tadi. Selebihnya simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan sebulan.
9. Tambahkan sedikit daun sup dan daun bawang.
10. Potong roti ,belahkan jadi 2 macam dalam gambar.
11. Masakkan inti di dalam kuali. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing.

12. Setelah inti kelihatan sedikit masak, letakkan mozzarella cheese (optional) & 2 keping roti. Kemudian terbalikkan.
13. Ini rupa roti dengan inti yang dah diterbalikkan.
14. Sapukan mayones dengan secukupnya.
15. Seterusnya sapukan sos cili mengikut citarasa.

16. Siap! Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Shuhada Nsar

Kredit:Penmerahpress

"Azab Suntikan ‘Kolagen Saka’ Di Dagu Jangan Cakaplah. Hanya Tuhan Saja Yang Tahu. Rasa Nak Mati Pun Ada, Kos Buat RM300 Tapi Nak Buang Hampir RM12k"

Seorang ibu merakam aksi anak perempuannya untuk melihat mengapa dia memanjat peti sejuk itu