Seorang ibu merakam aksi anak perempuannya untuk melihat mengapa dia memanjat peti sejuk itu
Menjadi seorang ibu kepada kanak-kanak memang mencabar. Ketika usia ini, mereka mahu mencuba segala-galanya biarpun adakalanya membahayakan mereka. Menconteng dinding dengan pensel warna, memberi makan ikan peliharaan dengan kuantiti makanan yang banyak, mengoyakkan buku resepi ibu, menyorok di dalam bilik, memanjat kerusi dan bermacam-macam lagi.
Bagi kanak-kanak itu adalah cara mereka meneroka dunia ini dan sebagai ibu bapa, kita perlu bijak ketika berhadapan dengan kerenah mereka. Namun, bagaimana pula anak-anak yang suka memanjat seperti memanjat peti sejuk? Peti sejuk?
Pernahkah anda melihat atau membayangkan seorang kanak-kanak memanjat peti sejuk? Ya, inilah yang dilakukan oleh anak kepada TanaLee Oliver.
Ibu kepada lima orang cahaya mata dari St.George, Utah ini tidak dapat mencari anaknya Scarlett walaupun dia telah memanggilnya berulang kali. Dia dapat mendengar suara anaknya dan merasakan Scarlett berdekatan dengannya tetapi peliknya dia tidak dapat melihat di mana anaknya itu berada.
Oliver akhirnya menemui anaknya di atas peti sejuk.
Ujar Oliver kepada Caters News, “Saya sedang membasuh baju di dapur dan saya tidak dapat mendengar Scarlett. Saya telah memanggilnya dan bertanya di mana dia berada dan apabila dia membalas ‘di sini’, dia kedengaran terlalu dekat.”
Oliver mencarinya di sekeliling dapur kerana Scarlett mungin berada di sesuatu tempat tetapi dia tidak dapat menjumpai anaknya sehinggalah anaknya berkata, “di atas sini”.
Misi Scarlett adalah untuk mendapatkan sebatang pen
Menurut Oliver, di bahagian atas peti sejuk itu terdapat sebuah kotak hitam yang mana di dalamnya mengandungi pen dan pesel. Biasanya, kotak hitam itu diletakkan di bahagian bawah tetapi disebabkan Scarlett selalu mengambil sebatang pen dan menulis di mana-mana termasuk dinding dan menconteng dirinya juga menyebabkan ibunya itu meletakkan kotak itu di tempat yang lebih tinggi.
Scarlett memutuskan untuk memanjat peti sejuk itu dan mendapatkan pen yang telah dijauhkan oleh ibunya daripadanya. Walaupun melihat Scarlett memanjat peti sejuk yang begitu tinggi itu mengagumkan, namun menurut Oliver itu bukanlah kali pertama dia melihat seorang daripada anaknya memanjat tempat yang tinggi.
“Saya menjumpai abangnya Liam, sekarang berusia sembilan tahun di atas peti sejuk ketika usianya 15 bulan.” kata Oliver. Dia menghadapi situasi yang sama tetapi kali ini dengan anaknya yang terakhir dan seorang kanak -kanak perempuan.
Oliver telah meminta anaknya memanjat semula peti sejuk itu dan dia merekodkan semuanya menggunakan kamera
Oliver menerangkan bahawa Scarlett tidak pernah mencederakan dirinya sendiri dengan kemahiran memanjatnya itu dan dia memanjat segala-galanya.
“Dia memanjat apa sahaja untuk berada di atasnya.” kata Oliver yang terpaksa melepaskan atau menghentikan tindakan anaknya yang suka memanjat itu.
Lihat video di bawah untuk melihat aksi Scarlett memanjat peti sejuk itu.
Sumber: The Epoch Times
The post Seorang ibu merakam aksi anak perempuannya untuk melihat mengapa dia memanjat peti sejuk itu appeared first on Era Baru Malaysia.
Kredit:Penmerahpress