,

Kalau Ada Lebihan Nasi Jangan Dibuang. Jangan Tak Tahu Nasi Sejuk Ni Boleh Dijadikan Keropok Sedap! Jom Cuba.

Kalau Ada Lebihan Nasi Jangan Dibuang. Jangan Tak Tahu Nasi Sejuk Ni Boleh Dijadikan Keropok Sedap! Jom Cuba.

Jika di dapur anda ada lebihan nasi, jangan bazirkan atau buang kerana ia boleh di ‘transform’ menjadi keropok yang sedap. Mudah dihasilkan dan sangat rugi kalau tak cuba. Perkongsian ini adalah daripada Puan  Arieza Rieza di group MAHN. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.


BAHAN-BAHAN:
  • 1 mangkuk nasi sejuk | direndam dalam air selama 1 jam
  • 1 mangkuk tepung ubi @ secukupnya
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 batang daun bawang | hiris nipis
  • Garam secukup rasa
  • Stok ayam/ kiub ayam secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan nasi, bawang putih dan ketumbar. Kisar @ tumbuk sampai halus.
2. Masukkan garam, daun bawang dan kiub ayam. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan-lahan sampai liat.
4. Ambil adunan dan gentel menjadi bentuk lonjong (seperti keropok lekor).

5. Didihkan air dan masukkan doh keropok tadi. Rebus sehingga terapung. 
6. Angkat dan toskan airnya. Ambil doh dan hiris nipis.
7. Susun kepingan keropok di atas tampi @ dulang dan jemur di bawah cahaya matahari sehingga betul-betul kering.
8. Untuk menikmatinya, goreng di dalam minyak seperti menggoreng keropok biasa. Selamat mencuba! -Pen Merah Press
-Rasa

Kredit:Penmerahpress

Gadis Ini Kongsikan Tips Utk Recover Muka Yang Breakout Dan Produk-Produk Yang Selamat Dipakai Yang Oleh Didapati Di Farmasi..

Wanita Ini Kongsikan Resepi ‘Chewy Cheese Spinach’ Yang Akan Buat Anak Anda Sukakan Sayur..Sedap. Jom Cuba..