,

Lain dari yang lain! Ayuh ke Kajang dan bersarapan dengan nasi lemak telur bungkus

Lain dari yang lain! Ayuh ke Kajang dan bersarapan dengan nasi lemak telur bungkus

Nasi lemak menjadi hidangan sarapan utama di Malaysia dan menjadi popular di seluruh dunia. Warga Malaysia menganggap nasi lemak sebagai hidangan kebangsaan yang membanggakan negara. Sehingga Ratu Cantik Malaysia akan mewakili negara dalam pertandingan Miss Universe dengan memakai pakaian yang bertemakan  nasi lemak bagi segmen pakaian kebangsaa

Walaubagaimanapun, pada masa kini kita menyedari dengan bertambah popularnya nasi lemak di seluruh dunia, nasi lemak di Malaysia semakin kekurangan telur dadarnya. Ada kalanya telur dadar yang diletak di dalam nasi lemak semakin mengecil sekecil kad sim telefon bimbit. Dan kadangkala tiada langsung telur dadar yang disertakan di dalam nasi lemak walhal telur dadar atau telur rebus adalah salah satu bahan penting bersama sambal, timun dan ikan bilis di dalam nasi lemak.

Teh Tarik

Adalah difahami dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa baik, amat sukar bagi kita mendapatkan nasi lemak dengan elemen yang lengkap melainkan apabila kita memasaknya sendiri di rumah. Tetapi lain ceritanya di satu warung nasi lemak di Kajang yang menjual nasi lemak setiap hari dengan membekalkan telur dadar yang tidak dapat kita fikirkan sebelum ini. Warung nasi lemak ini menjadi tular di media sosial Facebook dengan nasi lemak  bersama telur yang berlainan dari warung nasi lemak yang lain.

aLw!-blogger

Seorang pengguna Facebook bernama Azri telah berkongsi mempromosikan warung nasi lemak ini dalam rakaman videonya yang menjadi tular dengan nasi lemaknya yang unik yang dinamakan ‘nasi lemak telur bungkus’. Bunyinya sahaja sudah mengiurkan dan pasti kita mahu berkunjung ke warung ini.

Warung nasi lemak yang dimaksudkan ini dikenali sebagai Warung Bunian dan ia terletak di Kajang. Dengan melihat gaya persembahan nasi lemak telur bungkus yang mengiurkan itu, rasanya pasti perjalanan kita ke Kajang amat berbaloi selepas dapat membeli dan merasa nasi lemak ini.

Facebook

Warung Bunian ini juga menjual hidangan sarapan roti canai dan kuih muih. Tetapi apa yang pasti pelanggan yang datang pasti mahu bersarapan dan membeli nasi lemak telur bungkusnya yang unik dan popular itu.

Pasti ramai yang mahu mencuba nasi lemak telur bungkus ini bukan dan di mana lokasinya di Kajang?

sharinginfoz

Ayuh ke Kajang pada esok hari atau di hujung minggu ini untuk merasai nasi lemak telur bungkus di lokasi tertera :

Warung Bunian, Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang , Selangor.

Waktu operasi : 7 pagi hingga 2 petang ( Isnin hingga Sabtu) dan 7 pagi hingga 10.30 pagi (Ahad)

Sumber: Worldofbuzz

  • 1
  • 2
  • 3

The post Lain dari yang lain! Ayuh ke Kajang dan bersarapan dengan nasi lemak telur bungkus appeared first on Era Baru Malaysia.

Kredit:Penmerahpress

Bila Dah Nak Masuk Usia 30-an, 10 Perkara Ini Wanita Wajib Buat Setiap Hari!..

"Minum Air Putih Tiap Kali Bangun Dari Tidur” – Tips Ibu Neelofa Untuk Kelihatan Awet Muda Dan Jelita Walau Sudah Mencecah Usia 51 Tahun..