,

"Minum Air Putih Tiap Kali Bangun Dari Tidur” – Tips Ibu Neelofa Untuk Kelihatan Awet Muda Dan Jelita Walau Sudah Mencecah Usia 51 Tahun..

"Minum Air Putih Tiap Kali Bangun Dari Tidur” – Tips Ibu Neelofa Untuk Kelihatan Awet Muda Dan Jelita Walau Sudah Mencecah Usia 51 Tahun..

Meskipun sudah mencecah usia 51 tahun, ibu kepada aktres Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed masih kelihatan jelita dan awet muda.

Dalam pertemuan bersamanya di majlis pelancaran koleksi hijab terbaru, Helena by Naelofar Hijab yang berlangsung di Talent Lounge, Damansara Perdana baru-baru ini, Kartini sempat berkongsi beberapa petua ringkas awet muda.

“Sebenarnya, tiada sebarang petua yang saya amalkan. Saya hanya amalkan beberapa tips ringkas. Amalan penjagaan diri saya sungguh mudah. Setiap kali bangun tidur, saya akan terus menikmati secawan air putih.


“Saya pernah membaca satu artikel mengenai kebaikan minum air putih untuk penjagaan diri. Jadi saya mengamalkan untuk minum air putih sewaktu bangun tidur, sebelum mandi dan selepas mandi,” katanya.

Selain itu, Kartini berkata, dia amat mengutamakan sikap positif dalam menangani isu kehidupan.

“Saya tidak menyimpan sebarang perkara negatif di dalam hati. Saya anggap cerita negatif sebagai satu perkara yang tidak mustahak dan mahu sentiasa kekal positif,” ujarnya.
Dalam soal kesihatan pula, wanita ini mengamalkan beberapa senaman ringan termasuk meluangkan 30 minit bersiar-siar di luar rumah.


“Selain itu, bercakap mengenai elemen kecergasan, saya juga mengamalkan senaman ringan seperti pilates dan yoga. Saya juga sering berjalan-jalan di sekitar taman selama 30 minit untuk kekal aktif,” dedahnya lagi.
Sumber berita: Astro Gempak

Kredit:Penmerahpress

Lain dari yang lain! Ayuh ke Kajang dan bersarapan dengan nasi lemak telur bungkus

Petua Hilangkan Bintik-bintik Hitam Atau Jeragat Dengan Menggunakan 4 Bahan Ini Sahaja! Mudah Dan Selamat! Pastinya Berkesan! Jom Cuba!