,

Pasaraya menjual barangan runcit dengan cara yang paling bernas dan unik!

Pasaraya menjual barangan runcit dengan cara yang paling bernas dan unik!

Semua orang di dunia ini mahu makan makanan yang sihat bukan. Salah satu cara untuk memastikan ianya sihat adalah dengan memasaknya sendiri. Sungguh pun begitu, terdapat ramai di antara kita yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bahan-bahan yang tepat untuk memasak satu-satu hidangan.

 

Kredit: SAYS

Masih ada sinar harapan untuk kita……

Kini, kita dapat memudahkan kerja kita kerana terdapat pasaraya tempatan yang membantu kita memasak – dengan menjual bahan-bahan segar yang siap dibungkus.  

Kredit: BUAL

Orang ramai kini sungguh teruja apabila terdapat gambar yang menunjukkan pasaraya AEON menjual pelbagai kit makanan di mana ianya mengandungi bahan utama dan segar, dibungkus dengan kemas dan dijual dalam satu set. Khabarnya gambar berkenaan yang tular di media sosial bertempat di AEON cawangan Mid Valley Megamall.

Menujuk kepada gambar berkenaan, ia kelihatan seperti terdapat pelbagai pilihan makanan yang boleh dipilih oleh para pelanggan – daripada ayam goreng kunyit sehinggalah ke mee hailam dan siakap kukus bersama lemon.

Kredit: BUAL

Apa lagi yang kita mahukan… Bungkusan ini lengkap dengan bahan-bahan dan resepi.

 

Kredit: BUAL

Setiap bungkusan mengandungi bahan segar yang diperlukan untuk memasak sesuatu makanan dan disertakan sekali dengan arahan satu per satu yang mudah sabagai rujukan pengguna. Ia sangat membantu untuk mereka yang jarang memasak.

Ia sememangnya merupakan idea yang bernas bagi mengurangkan masa dan stress, yang lazimnya dihadapi oleh orang ramai dalam menyediakan hidangan buat keluarga.

 

Kredit: BUAL

Ada juga mereka yang berkata bahawa ia merupakan satu cara yang baik dalam usaha untuk mengurangkan pembaziran kerana bahan-bahan yang dibungkus tersebut, dalam jumlah yang cukup. Ini bermakna, tiada lagi makanan yang akan dibuang sekaligus mengatasi masalah pembaziran.

Rata-rata masyarakat Malaysia sangat kagum dan berkata tiada lagi alasan untuk tidak memasak.

 

Kredit: Facebook

Anda rasa ia merupakan satu idea yang baik? Perlukan ia diperluaskan ke pasaraya yang lain? Kongsikan pendapat anda.

Era Baru

  • 1
  • 2
  • 3

The post Pasaraya menjual barangan runcit dengan cara yang paling bernas dan unik! appeared first on Era Baru Malaysia.

Kredit:Penmerahpress

Bagaimana untuk mengetahui daging yang dibeli itu segar? Lihat petua dan panduan ini

Lelaki ini berjaya mengurangkan berat badannya daripada 102 kg ke 73 kg, ini rahsia dietnya