,

Resepi Kek Pisang Kukus Paling Mudah dan Senang Guna Blender Je, Sukatan Cawan!

resepi kek pisang kukus sukatan cawan guna blender 10

Teringin nak buat kek pisang tapi tak ada mixer dan oven kat rumah? Jangan risau! Kami ingin kongsikan resepi cara paling mudah dan senang buat kek pisang kukus gula blender. Kami berikan sukatan dalam cawan tuk Anda mudah cuba buat kek yang bahan azasnya pisang. Kami gunakan pisang emas yang amat masak untuk aroma kek yang harum dan rasa yang manis. Jika tak ada pisang emas, Anda boleh guna pisang cavendish atau pisang berangan yang telah amat masak. Jom tengok resepi kek pisang yang lembab dan moist ni.

Bahan Kek Pisang

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil sodium bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
9 biji pisang ( anggaran 8 biji pisang dilenyek, 1 pisang biji pisang untuk topping)
1 cawan minyak
1 cawan gula halus
1 biji telur

Cara-cara buat kek pisang guna blender
1. Pisang dilenyek

resepi kek pisang kukus sukatan cawan guna blender 01
2. Blend gula dengan telur sehingga kembang

resepi kek pisang kukus sukatan cawan guna blender 2
3. Masukkan minyak dalam pisang yang telah dilenyek

resepi kek pisang kukus sukatan cawan guna blender 03
4. Lepastu, masukkan tepung, sodium bikarbonat dan baking powder

resepi kek pisang kukus sukatan cawan guna blender 04
5. Gaul hingga sebati

resepi kek pisang kukus sukatan cawan guna blender 05
6. Masukkan adunan gula dan telur, gaul lagi hingga sebati

resepi kek pisang kukus sukatan cawan guna blender 06
7. Tuang adunan ke dalam loyang


8. Hias dengan topping potongan pisang, lepastu kukus selama 45 minit

resepi kek pisang kukus sukatan cawan guna blender 09

Kek pisang kukus siap disajikan. Selamat mencuba

 

resepi kek pisang kukus sukatan cawan

resepi apam coklat tanpa telur simple 00

Resepi Apam Coklat Tanpa Telur Paling Simple! 1 Adunan Dapat 70 Biji, Bisa Untuk Berniaga!

Resepi Cheese Tart Blueberry Nutella Buncit Lorekan Emoji Paling Mudah!