,

SUP TULANG LEMBU KORBAN JANGAN PANDANG BELAKANG Dgn SAMBAL KICAP PEDAS BERAHI

SUP TULANG LEMBU KORBAN JANGAN PANDANG BELAKANG
Dgn SAMBAL KICAP PEDAS BERAHI

Waaaaa…. dengar nama sup tulang lembu aje pasti dah meleleh-leleh air liur kan.. Itu belum lagi merasa.. kalau lah dapat hirup sup hangat dan pekat malam-malam ni.. adoiii… pasti nikmat terasa..

Mungkin ramai yang akan kata.. ala sup aje apalah yang sedap sangat… tapi… bila anda dah cuba baru tahu betapa sedapnya sup tulang ni.. tau! Bukan kata jangan pandang belakang aje.. toleh kiri kanan pun dah tak dan dah…

Resepi ni dari Chef Amer, kalau sebut nama Chef Amer pasti semua akan kata woooooo…..
Ok resepi chef Amer memang dah terbukti kesedapannya..
Jomlah mumpung banyak rezeki daging korban, cuba buat sup tulang lembu korban jangan pandang belakang dengan panduan resepi step by step yang paling mudah dan senang disediakan ini.

 

Bahan2 kisar A
Bawang besar 5biji
Bawang putih 8biji
Halia

Bahan kisar B
1 batang kecik karot
1 batang celery kisar

 

2 biji bawang besar -hiris
Rempah 4 sekwn
2 paket rempah sup faiza/babas-bancuh air jadik paste
2 kiub ayam
3 bungkus sup bunjut

Bahan2 lain
Kentang
Karot
celery
Garam
Air secukupnya

Cara:
1. Blend bawang besar, bawang putih dan halia


2. Blend Karot dan batang celery kisar


3. Masukan minyak sikit . Tumis bawang besar


4. Jika bawang besar Dah garing, masuk rempah 4sekawan


5. Masukkan blend bawang


6. Masukkan blend karot+celery


7. Masukkan rempah sup dan tumis hingga naik minyak


8. Masukkan tulang dan daging


9. Kacau hingga rata sampai kecut sikit


10. Pastu masuk air ikut suka. Jangan banyak dan jangan kurang


11. Tutup hingga didih dan empuk. Kejap jek dalam 1 jam sebab daging baru


12. Dah empuk masuk sup bunjut. Kalau masa ni air kurang, boleh tambah lagi


13. Masukkan kiub ayam


14. Masukkan kentang, karot, dan celery


15. Biar lagi didih sampai empuk semua kentang dan karot. Masukkan garam secukup rasa dan biar lagi dalam 10 minit


16. SUP TULANG LEMBU KORBAN JANGAN PANDANG BELAKANG siap disajikan bersama sambal kicap pedas berahi

Sambal kicap pedas berahi ?
20btg cili padi
Bwg merah kecik 2 bj
Bwg putih 5 biji
*goreng dulu
1 sudu makan sos cili
1/3 air asam jawa
1 sudu kecik gula
Kicap manis cap udang @kicap abc secukupnya

Cara-cara
Blend semua

Tidak perlu lagi membeli mentega kerana anda sendiri boleh membuatnya di rumah

Bagaimana untuk mengetahui daging yang dibeli itu segar? Lihat petua dan panduan ini