Tidak perlu lagi membeli mentega kerana anda sendiri boleh membuatnya di rumah
Secara umumnya, mentega terdiri daripada produk tenusu iaitu krim. Mentega merupakan bahan asas untuk membuat roti dan biskut bagi memberikan rasa lemak pada makanan yang akan dihasilkan.
Sumber: img.mumbaye.de
Namun, mentega juga boleh digunakan sebagai pengganti kepada minyak masak – untuk proses menggoreng makanan. Untuk pengetahuan anda, marjerin pula lazimnya lebih murah dan boleh menjadi pengganti kepada mentega dan ia dikatakan mengandungi kadar lemak dan kolestrol yang lebih rendah.
Jika diamati, mentega akan tetap pada keadaan asalnya jika ditempatkan pada suhu dingin, tetapi ia mencair jika diletakkan pada suhu kamar. Mentega juga hampir sama dengan roombutter tetapi roombutter lebih kuat baunya dan berwarna putih.
Mentega merupakan penyelamat sewaktu sarapan pagi kerana ianya mudah digunakan. Sapukan sahaja bersama dengan jam ataupun kaya pada roti. Tadaaa, anda boleh terus menikmatinya. Justeru, kami ingin kongsikan kepada anda tentang cara-cara untuk menghasilkan sendiri mentega di rumah.
Melalui resepi ini juga, anda boleh olah sendiri mengikut citarasa anda. Jika inginkan sapuan garlic butter, maka anda hanya perlu tambah bawang putih, garam dan sedikit daun pasli.
Bahan-bahan:
250 ml krim putar / krim penuh lemak (Pastikan ia memiliki 35% lemak susu)
Air sejuk + ais batu
Garam
Sedikit daun pasli ( Jika mahu)
Bawang putih (Jika mahu)
Mesin pengadun
Cara-cara:
Pukul krim putar pada tiga tahap kelajuan sehingga susu kelihatan terpisah daripada air – mulakan secara perlahan, sederhana dan laju. Apabila susu dan air terpisah, airnya ditapis, diasingkan dan jangan pula dibuang. Air tersebut dikenali sebagai susu rendah lemak. Kemudian, masukkan air sejuk berais dan kacau mentega sehingga menjadi kental dan bulat.
Ulangi masukkan air sejuk berais tadi, tapis dan asingkan air berkenaan. Proses ini hendaklah diulangi sehingga air yang diasingkan itu tidak berwarna dan jernih.
Selepas itu, bolehkan kita campurkan garam ataupun daun pasli dan bawang putih (jika mahu) – bahan pilihan ini hanya boleh dicampur sekiranya krim dipukul menjadi mentega dengan sempurna.
Pukul krim sehingga – susu dan air terpisah
Mentega yang telah siap
Inilah contoh garlic butter. Boleh dimakan bersama baguette
Pukul krim putar sehingga jadi begini. Air putih berkenaan merupakan susu rendah lemak. Jadi, tapis dan simpan. Kemudian kacau dan sebatikan dengan air sejuk + ais untuk memekatkan konsentrasi mentega.
Era Baru
The post Tidak perlu lagi membeli mentega kerana anda sendiri boleh membuatnya di rumah appeared first on Era Baru Malaysia.
Kredit:Penmerahpress