,

Resepi Kuih Bakar Bahulu Kemboja Sukatan Cawan

potong kuih bakar bahulu kemboja mengikut acuan

Kuih bahulu kemboja adalah salah satu jenis kuih muih tradisional kegemaran banyak orang semasa bulan ramadhan. Kuih yang sering dipanggil dengan kuih bakar kemboja ini juga boleh menjadi hadiah yang amat istimewa untuk pelbagai majlis. Kuih muih tradisional dari Malaysia dan Brunei ini juga sering dijadikan cenderahati untuk kenduri kahwin. Selain itu, bahulu kemboja juga sering dihidangkan sebagai hidangan hari raya aidilfitri.
resepi kuih bahulu bakar kemboja sedap mudah sukatan cawan
Jomlah tengok resepi mudah dan sedap ini lalu try buat kuih muih tradisional ini. Semoga kuih bahulu kemboja tak luput dek zaman.

Bahan-bahan kuih bahulu kemboja (sukatan cawan)
Tepung terigu 2 cawan
Santan kelapa 2,5 cawan
Jus daun pandan 1 cawan
Gula 0,75 cawan
Butter 2 sudu besar, cairkan
Telur ayam 3 biji
Garam 0,5 sudu kecil
Pewarna hijau dan bijan secukupnya

Cara-cara masak bahulu kemboja
Blend tepung terigu, santan, jus pandan, gula, butter, telur, garam, dan pewarna hingga sebati dan tepung tidak berbintil
panaskan acuan kuih bahulu bakar kemboja
Penuhkan acuan kuih dengan minyak masak. Panaskan acuan di atas api dapur hingga keluar asap, lalu keluarkan minyak tu dari acuan. Kecilkan api sekecil-kecilnya.

Kalau mahu elakkan dari adunan melekat pada acuan, lenser acuan dengan minyak terlebih dahulu.
tuang adunan kuih bahulu bakar kemboja
Tuang adunan ke dalam acuan kemudian taburkan bijan.

Masak sebentar di atas api sangat kecil selama 10 minit untuk dapatkan kulit yang agak garing.

bakar kuih bahulu kemboja di oven
Sambung bakar kuih di dalam oven 180 darjah celcius selama 40 minit hingga permukaan kuih bahulu kemboja nampak keperang-perangan.
potong kuih bakar bahulu kemboja mengikut acuan
Turunkan dari oven dan sejukkan. Bila dah sejuk, potong kuih bakar kemboja mengikut bentuk acuan.

Adunan di atas boleh menghasilkan 4 biji kuih yang boleh dipotong jadi 32 keping potongan kuih bahulu kemboja

resepi churros cheese sos coklat tanpa telur step by step

Resepi Churros Cheese Sos Coklat Tanpa Telur Step by Step

resepi meatball carbonara cheese pizza hut sedap

Resepi Meatball Carbonara Cheese Pizza Hut Paling Sedap!