Resepi membuat meatball carbonara pizza hut homemade step by step – Buat meleleh air liur tengok meatball carbonara cheese ala pizza hut. Saya kongsi resepi meatball carbonara lebih sedap! Pastinya, tak perlu susah susah kerana resepi ini sangat simple dan mudah. Saya juga tak perlu beli sos carbonara sebab saya boleh bikin sos carbonara homemades buat sendiri. Bagi yang minat western food, jomlah tengok dan cuba resepi meatball carbonara cheese yang lebih sedap dari pizza hut ni sebelum meleleh air liur.
Bahan sos carbonara cheese
2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar marjerin
2 ulang bawang putih, cincang halus
250 ml susu full cream
1/2 cawan air
2 kiub knorr
1 slice cheesedale
mixed herbs, cendawan cincang dan lada hitam secukupnya
Cara membuat carbonara cheese pizza hut
1. Panaskan marjerin dengan api sedang kemudian tumiskan bawang putih hingga berwarna coklat keemasan
2. Masukkan tepung gandum kemudian kacau sebati
3. Masukkan susu, air, kiub knorr, mixed herbs, cendawa cincang, dan lada hitam. Masakkan sampai mendidih
4. Masukkan cheese slice dan biarkan hingga pekat
5. Jika sudah pekat, tutup api
Tips membuat carbonara cheese
2. Jangan sangat masin sebab bila dah pekat akan tambah masin
3. Sila tambahkan ari jika pekat sangat
Bahan meatball cheese
meatball
bawang besar
lada benggala kaler hijau
cheese cheddar, parut terlebih dahulu
Cara membuat meatball cheese
1. Panaskan butter dengan api sedang kemudian tumis bawang besar dan lada benggala hingga layu. Angkat dan toskan
2. Masukkan meatball dan goreng hingga sedikit keperangan
3. Siapkan foil kemudian tuangkan kuah sebagai dasar
4. Letakkan meatball, bawang, dan lada sesuai selera
5. Letakkan cheese slice kemudian tutup dengan sos carbonara
6. Letakkan cheese parut sebagai toping
7. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10-15 sampai keperangan
Meatball Carbonara Cheese yang lebih sedap dari pizza hut siap disajikan!