,

Resepi Puding Tiramisu Milo Yang Marvelous, 3 Langkah Je! Senang Nak Makan!

Resepi Puding Tiramisu Milo Yang Marvelous, 3 Langkah Je! Senang Nak Makan!

Sedapnya lah puding tiramisu milo ni. Nyaman je tekak pekena benda sejuk-sejuk. Puding tiramisu ni cara buatnya sangat mudah. Bahan yang kita perlukan pun tak banyak, rasanya semuanya ada di dapur.. Jom kita intai bahan-bahannya..

Bahan-bahan :

1 tin Susu pekat
1 tin Susu cair
11 sudu makan tepung kastard bumbun Tau (maksudnya cedok penuh sudu berbumbung) haha btl ke ayat ni
5 tin air kosong.. kite sukat pakai tin susu tu je
Biskut marie
Milo

Cara-cara

1. Campur semua bahan dalam periuk besar kecuali milo & biskut Marie. Lepas tu kacau sampai semua sebati


2. Baru pasang api sederhana. Kacau sampai likat & berkilat macam dalam gambar


3. Lepas tutup api, masukkan dlm bekas kesukaan korang.. dimulakan dengan puding, lepas tu biskut Marie & taburkan Milo diatas nya.. lepas tu ulang lagi proses sampai penuh. Terakhir, tabur milo. Mek Na letak dlm Tupperware Ni je.. snang nak makan..

Letak luar skejap.. biarkan smpai suhu bilik sampai tak panas dah bekas tu baru masuk peti sejuk Tau.. Potong dan hidangkan puding tiramisu milo bila dah sejuk.. nyum nyum..


Terima kasih pada empunya resepi asal
Selamat mencuba korang.

Jika korang suka tiramisu, cuba juga buat kek tiramisu dengan bahan paling senang

Resepi Nugget Nasi Frozen Homemade Langkah Demi Langkah. Senang Anak2 Nak Makan!

Gara-Gara Pembedahan Plastik, Wanita Warga China Terkandas Di Lapangan Terbang Korea Kerana Gambar Di Pasport Tidak Sepadan Dengan Wajah Mereka..