,

Resepi cekedok pisang berkelapa rangup dan sedap tanpa soda bikarbonat

resepi cekodok pisang berkelapa sedap rangup tanpa soda bikarbonat 01

Resepi cara membuat cekedok pisang dan kelapa yang rangup dan sedap tanpa penaik soda bikarbonat

Kuih muih yang diperbuat daripada campuran bahan tepung, kelapa, telur, gula, dan pisang ini diberi nama cekodok kerana bentuknya yang mirip katak. Sebenarnya, kuih ini berbentuk agak bulat namun permukaannya tidak beraturan. Cekodok pisang sangat mudah dibuat kerana cukup hanya dengan melecek semua bahan lalu menggorengnya terendam. Biasanya, cekodok pisang dibuat daripada pisang awak, pisang yang terdapat biji hitam di dalamnya. pisang awak merupakan pisang terbaik untuk goreng terendam. Biasanya, orang membuat cekodok pisang menggunakan soda bikarbonat agar rangup. Namun, beberapa orang tidak suka kerana menjadi sedikit pahit. Berikut ini resepi cara memasak cekedok pisang berkelapa tanpa soda bikarbonat agar kuih tetap sedap dan rangup. Saya padukan resepi mudah ini dari rasamalaysia dan hungrygowhere.
resepi cekodok pisang berkelapa sedap rangup tanpa soda bikarbonat 01
resepi cekodok pisang berkelapa sedap rangup tanpa soda bikarbonat 05
Bahan
4 pisang awak saiz besar
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula
1 biji telur
Air
Minyak secukupnya guna goreng terendam

Cara Membuat Cekodok Pisang Rangun dan Sedap
1. Lecek pisang awak guna alat penekan daging burger.
2. Masukkan kepala parut, tepung, telur, gula, dan air. Kacau rata hingga sebati lalu ketepikan sebentar
3. Panaskan minyak untuk goreng terendam.
4. Jemputkan adunan tadi dan berhati-hati jatuhkan ke dalam minyak sederhana panas
5. Biar sekejap dan balik-balikkan adunan agar masak sekata. Goreng hingga cekodok berwarna perang keemasan.
6. Angkat dan toskan minyaknya. Letak atas tissue dapur dan biar baki minyak terserap

resepi cekodok pisang berkelapa sedap rangup tanpa soda bikarbonat 04

resepi cekodok pisang berkelapa sedap rangup tanpa soda bikarbonat 03

resepi cekodok pisang berkelapa sedap rangup tanpa soda bikarbonat 02

Cekodok pisang berkelapa tanpa soda bikarbonat siap dihidangkan untuk sarapan atau snack semasa minum petang.

resepi apam gula hangus kukus mudah sedap sukatan cawan

Resepi Apam Gula Hangus Kukus Paling Mudah

resepi char kuey teow basah ayam original penang sedap 01

Resepi char kuey teow basah dengan ayam original Penang