Resepi Tart Nenas Paling Sedap dan Ringkas
Anda pasti ingin menghidangkan tart nenas semasa hari raya aidilfitri. Sebelum membuat tart nenas, satu bahan yang wajib anda buat adalah jem nenas. Kadang, anda tidak berpuas hati jika hanya menggunakan jem nenas yang dibeli di pasar raya. Jika anda ingin membuat sendiri jem nenas untuk tart nenas, berikut ini resepi yang paling sedap dan ringkas. Anda hanya memerlukan 2 bahan sahaja.
Bahan untuk membuat jem untuk tart nenas:
2 biji nenas separuh masak (pastikan kulit luaran masih hijau kekuningan)
200 gram gula
Cara buat jem nenas untuk tart:
1. Mula-mula kupas dahulu kulit nenas dan bersihkan.
2. Parut nenas hingga mencapai tengah
3. Asingkan jus nenas yang berlebihan
4. Masak parutan nenas dan gula dengan api sederhana hingga kering (60 minit)
5. Setelah jem nenas mencapai ketebalan dan warna yang dikehendaki, keluarkan dari panas. Ketepikan hingga sejuk
6. Simpan jem nenas dalam bekas kedap udara
Jem nenas ini siap digunakan untuk tart nenas