Kerabu mangga muda yang sering disebut juga dengan young mango salad ini merupakan makanan yang banyak dipengaruhi oleh bumbu-bumbu ala thai. Saya tahu ramai di luar sana resepi kerabu mangga ala thai menggunakan ikan bilis tetapi saya hanya mahu mencuba menggunakan sos ikan dan kacang sebagai bahan perasa utama untuk mewujudkan Kerabu. Saya berfikir rasa dan perasa kerabu adalah tersendiri yang menarik dan eksotik terutamanya menggunakan mangga sebagai salad ! Satu perkataan, salad mangga ini adalah syurga yang sedap dan simple.
Bahan:
3 biji mangga muda
3 biji bawang merah
3 biji limau nipis, perah jusnya
1/2 sudu besar gula
3 biji cili padi
2 tangkai daun ketumbar
10 helai daun salad
4 helai daun limau purut
1 sudu besar kacang tanah goreng yang ditumbuk kasar
2 sudu kecil sos ikan
Cara membuat kerabu mangga muda thai yang simple ala chef wan
Hiris bawang merah, cili padi, daun salad, daun limau purut, daun ketumbar ke dalam mangkuk. Ketepikan
Kupas mangga muda. Kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus.
Satukan hirisan mangga bersama bumbu yang sudah dihiris kemudian tambahkan gula dan sos ikan.
Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.
Kredit: kwgls.wordpress.com