Resepi Dodol Guna Periuk Noxxa Paling Mudah dan Lazat – Apakah anda termasuk salah satu orang yang ingin memasak dodol guna periuk noxxa? Periuk Noxxa kini menjadi kegemaran ramai orang. Banyak wanita yng ingin membeli periuk tekanan tinggi noxxa dari Amway ini. Kelebihan pressure cooker ini adalah kelajuan dalam memasak. Anda boleh memasak pelbagai masakan hanya dalam masa beberapa minit. Anda boleh merebus telur hanya dalam 1 minit. Untuk memasak popcorn, anda hanya perlu 2 minit. Untuk membuat dodol dengan cara tradisional, anda akan memerlukan masa 5 jam. Namun, dengan adanya periuk noxxa, anda boleh memasak dodol dalam 30 minit sahaja. Kali ini, saya akan berkongsi 4 resepi dodol yang paling enak yang boleh dibuat menggunakan periuk noxxa.
1. Resepi Dodol Durian Guna Periuk Noxxa
bahan:
10 kg buah durian yang sudah matang
1 sudu makan garam halus
2 kg gula pasir
1 sudu teh vanila serbuk
500 gram tepung pulut
3 cawan air
1 kg santan pekat
plastik untuk membungkus secukupnya
Cara Membuat Dodol Durian:
Buka kulit durian dengan pisau yang tajam
Ambil buah durian bahagian dalam lalu pisahkan antara daging buah dan bijinya
Campur air, santan pekat, daging buah durian, gula pasir, garam halus, dan vanila serbuk.
Masak campuran tersebut sebentar saja.
Setelah masak, tambah tepung pulut lalu masukkan ke dalam pengisar. Kacau adunan tersebut sehingga sebati.
Tuangkan adunan tepung ke dalam periuk noxxa, pasang penutup
Tekan butang “Steam” 20 minit.
Selepas itu, buka penutup, dan tekan butang ‘Stir Fry’ ..
Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak (anggaran 20 minit)
Adunan akan meletop-letop dan pecah. kacaulah sehingga terbit minyak pada adunan dodol tersebut.
Sejukkan dodol tersebut. Dodol durian siap dihidangkan.
2. Resepi Dodok Pandan Periuk Noxxa Amway
bahan
500 gram tepung pulut putih
250 gram tepung beras
700 gram gula pasir
150 gram daun pandan
2 buah kelapa
150 ml susu full cream
garam secukup rasa
Cara Membuat Dodol Pandan Guna Periuk Noxxa
Parut kelapa lalu ambil santan baik Adib.
Tumbuk daun pandan kemudian tambah air, santan kelapa kental, gula putih dan garam. Masak campuran tersebut sehingga mendidih.
Setelah mendidih, campur dengan tepung ketan putih, tepung beras, dan susu full cream. Masukkan ke dalam blender dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam periuk noxxa, pasang penutup
Tekan butang “Steam” 20 minit.
Selepas itu, buka penutup, dan tekan butang ‘Stir Fry’ ..
Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak (anggaran 20 minit)
Sejukkan adunan tersebut. Bungkus dengan plastik atau kertas minyak.
Dodol pandan yang wangi dan lazat siap dihidangkan.
3. Resepi Dodol Milo Periuk Noxxa
Bahan Dodol Milo:
– 1 paket milo (paling kecil)
– 1 buku buttercup
– 1 tin susu pekat (biasa guna f&n)
– 1 paket biskut marie (original)
Patahkan biskut marie kepada 2 atau 3 bahagian
Masukkan semua bahan ke dalam periuk noxxa. Pasang penutup
Tekan butang “Steam” 20 minit.
Tuangkan ke dalam loyang dan mampatkan
Dinginkan ke dalam kulkas.
Dodol Milo siap disajikan.
4. Resepi Dodol Labu Kuning Periuk Noxxa
Bahan:
200 gram mentega
2 kg labu kuning
500 gram tepung
ketan
250 gram gula pasir
250 gram gula merah
2 bungkus agar-agar
2 sudu teh vanila
4 gelas air
santan dan garam secukup rasa
Cara Membuat Dodol Labu:
Labu diibuang / kupas bahagian luarnya lau di dipotong-potong kecil.
Kukus potongan labu hingga matang
Masukkan labu yang sudah matang ke dalam blender. Aduk hingga halus menjadi bubur.
Bubur labu dicampur bersama dengan tepung ketan aduk, agar-agar, vanila, gula pasir, santan, mentega, dan garam. Aduk hingga merata.
Tuangkan adunan ke dalam periuk noxxa, pasang penutup
Tekan butang “Steam” 20 minit.
Selepas itu, buka penutup, dan tekan butang ‘Stir Fry’ ..
Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak (20 minit)
Sejukkan adunan tersebut ke dalam peti sejuk
Setelah sejuk, potong dodol labu kuning sesuai selera
Bungkus dodol labu kuning dengan plastik atau kertas minyak sesuai selera
Dodol labu kuning yang dimasak menggunakan periuk noxxa sudah siap dihidangkan.