,

Kukus Kek Guna Periuk Nasi? Jom Cuba 10 Resepi Yang Boleh Menggunakan Periuk Nasi!

resepi kek coklat kukus sedap mudah guna periuk nasi

Selalunya, periuk nasi hanya digunakan untuk memasak nasi sahaja. Jangan pelik kalau ada kawan Anda cakap, Jom masak kek coklat guna periuk nasi. Sebab, fungsi periuk nasi tidak terhad kepada satu sahaja. Ramai yang tidak mengetahui bahwa pelbagai resepi yang boleh dimasak dengan periuk nasi Anda itu. Pelbagai resepi sedap ini tidak melibatkan nasi langsung. Jom lihat resepi masakan sedap apa yang boleh Anda cuba di rumah menggunakan periuk nasi

1. Resepi Kek Coklat Kukus Guna Periuk Nasi

resepi kek coklat kukus sedap mudah guna periuk nasi
Anda jangan pelik sekiranya kek coklat kukus boleh dihasilkan dengan periuk nasi. Lepas ni, ramai la yang cuba resepi kek mudah dan sedap sukatan cawan ini.

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik ‘double-acting’
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air

Cara menyediakan kek coklat kukus guna periuk nasi:

Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan. Untuk adunan seterusnya, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati. Campurkan kedua-dua adunan kering dan basah, kacau sehingga lembut.

Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.

Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula iasing ke atas kek.

2. Resepi Kek Pelangi Masak Guna Periuk Nasi

resepi kek pelangi guna periuk nasi
Pingin cuba masak kek yang comel dengan mudah? Jomlah cuba masak kek pelangi guna periuk nasi. Saya pernah cuba buat kek ini semasa gas dapur habis dna suami pulak keje so saya ambil alternatif ambil alternatif masak kek pelangi guna periuk nasi. Saya dapatkan resepi ini dari Azie Kitchen.

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor (guna 1/2 cawan aje tp tetap manis)
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya (ni aku x letak)
1½ cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sb serbuk koko (ni aku x letak)
1 sk esen vanila
2-3 sb susu segar (saya guna 1 sb)
Sedikit pewarna yang disukai

Cara cara:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
3. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
4. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
5. Sapukan Periuk dengan Marjerin lepas tu lapik guna kertas kalis minyak.
6. Tuang adunan kek, lepas tu masak kek macam masak nasi biasa.
3. Lepas beberapa minit, button kat periuk tu akan naik sendiri tanda dah masak tapi kek korang belum masak tau!. So, biarkan kejap dalam 5-6 minit, kemudian tekan balik button ke bawah, ulang sampai kek masak. Saya tekan sampai 4 kali je dah masak. Kek pelangi siap dihidangkan.

3. Resepi Kek Milo Kukus Masak Periuk Nasi, Sihat dan Mudah!

resepi kek milo lazat sihat guna periuk nasi
Teringin sangat makan kek yang sihat dan mudah? Anda bisa cuba masak kek milo guna periuk nasi kerana bahan asas nak buat kek tuh biasa tersimpat kat dapur.

Bahan
bahan kek milo guna periuk nasi
80 gram butter
1/2 cawan gula castor
1 cawan Milo
2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 cawan susu
2 biji telur

Cara-cara masak kek milo sihat guna periuk nasi
1. Pukul butter dan gula sampai fluffy. Tambah telur dan milo sampai betul-betul sebati
2. Tambah tepung gandum, baking powder, garam dan susu. Pukul selama 4 minit dalam kelajuan sederhana
3. Griskan dengan butter dan letak baking paper dekat periuk nasi tu.
4. Masukkan adunan ke dalam periuk nasi. Tutup periuk dan letakkan tuala berat sikit.
5. Bakar adunan tuh tekan je macam nak masak nasi, lepas tuh biarkan dia naik sendiri. Biarkan 5 minit baru tekan balik ke bawah. Ulangi sampai kek masak. Kalau kamu mahu tengok kek udah masak atau belum, kamu bisa cucuk pakai lidi. Kalau lidi yang kamu cucuk masih basah, maknanya kek belum masak. Saya tekan sampai 4 kali je kek dah masak. Kek Milo Periuk Nasi siap dihidangkan.

4. Resepi Kek Minyak Versi Periuk Nasi

resepi kek minyak guna periuk nasi
Bila tengok kawan post di FB, terliur semasa lihat resepi kek minyak masak periuk nasi. Resepi masakan ini sangat ringkas dan mudah. Mana tau time terdesak boleh cuba kerana periuk nasi memang ada dimana-mana. Resepi ini saya dapat dari Kak Jun Din.

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 cawan susu pekat
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar ovallete
1 cawan minyak
pewarna sesuai selera

Cara Masak Kek Minyak Guna Periuk Nasi
1. Putar telur, gula, dan ovallete hingga kembang
2. Masukkan susu pekat dan esen vanila
3. Masukkan tepung gandum sikit-sikit hingga habis lalu masukkan minyak dan gaul hingga sebati
4. Bahagi-bahagikan dan warnakan
5. Sapi periuk nasi dengan marjerin rata-rata
6. Masukkan adunan ke dalam periuk nasi. Buat sorak ikut suka. Saya kali lapis cuma tompok-tompokan sahaja
7. Masak kek macam masak nasi, tekan butang periuk hingga butan tu akan naik. Biar je, dalam 5 minit tekan semula butang tu. Ulang sehingga kek masak

5. Kek Pisang Versi Periuk Nasi

resepi kek pisang mudah guna periuk nasi
Meski ramai yang terkejut bila dapat tahu, periuk nasi boleh digunakan untuk membuat kek pisang

Bahan
1,5 cawan tepung
3/4 cawan gula putih
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1 cawan pisang yang dilenyek
1/3 cawan mentega yang telah dilembutkan
1/4 cawan susu
1 biji telur
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan kek pisang guna periuk nasi
1. Masukkan tepung, gula, serbuk penaik, soda penaik, dan garam ke dalam mangkuk lalu kacau hingga sebati
2. Masukkan pisang lenyek, mentega, telur, dan susu lalu kacau hingga adunan menjadi tebal dan berkrim
3. Sapukan minyak masak ke dalam periuk nasi
4. Masukkan adunan ke dalam periuk nasi. Lalu masak hingga ia benar-benar masak.

6. Resepi Macaroni Cheese Masak Periuk Nasi

resepi macaroni cheese guna periuk nasi sedap mudah
Anda gemarkan macaroni cheese namun ingin masak dengan mudah dan ringkas? Anda boleh cuba resepi macaroni cheese masak periuk nasi ini. Cara menyediakannya sangat mudah dan ringkas.

Bahan
2 cawan macaroni
1,5 cawan stok ayam
1 sudu kecil garam
1 cawan susu
1,5 cawan keju, cincang halus

Cara
Masukkan macaroni, stok ayam, dan garam ke dalam periuk nasi. Masak selama 15 minit
Masukkan susu dan keju, kacau hingga sebati. Masak selama 20-30 minit
Macaroni cheese siap dihidangkan

7. Resepi Pencuci Mulut Mudah Puding Pisang Guna Periuk Nasi

resepi puding pisang sedap mudah ringkas guna periuk nasi
Jika Anda mahu pencuci mulut yang mudah dan ringkas, Anda boleh mencuba resepi puding pisang guna periuk nasi

Bahan-bahan:

30g mentega yang dicairkan, tambah 60 g mentega yang diasingkan
2 sudu besar gula merah, tambah 1/2 cawan gula merah, diasingkan
1 biji pisang, dihiris halus, tambah 2 biji juga diasingkan dan dilenyek
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu besar susu
1 cawan tepung penaik

Bahan-bahan untuk sos karamel:
300ml krim
1/2 cawan gula merah
80g mentega

Cara-cara menyediakan puding pisang guna periuk nasi:

Ratakan kertas pembakar ke dasar periuk nasi dan tuangkan 30g mentega yang telah dicairkan ke atas kertas tersebut kemudian, taburkan 2 sudu besar gula merah dan ratakan. Susun pisang yang telah dihiris ke atas gula yang di tabur dan letakkan ke tepi.

Campurkan mentega yang telah dicairkan, gula merah yang telah diasingkan, telur, serbuk kayu manis, pisang yang dilenyek dan susu ke dalam mangkuk. Tapis tepung and campurkan ke dalam adunan pisang tersebut. Tuangkan adunan ke dalam periuk nasi yang telah diasingkan tadi.

Ratakan permukaan adunan. Masak untuk 5 minit. Apabila periuk nasi telah ke mod “warm”, rehatkan ia untuk 10 minit. Kemudian, masak puding untuk 10 minit lagi. Jangan angkat penutup. Ulang langkah ini untuk dua kali sehingga puding masak. Cucuk sedikit di tengah puding untuk pastikan ia masak iaitu apabila lidi yang anda cucuk tidak melekat puding dipermukaannya. Terbalikkan puding ke atas pinggan. Buang kertas pembakar.

Cara menyediakan sos karamel:

Bersihkan permukaan periuk nasi. Masukkan cream, gula merah dan mentega ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Masak sehingga mendidih. Masak dan kacau selama 5 minit sehingga gula hancur ke dalam adunan dan menjadi tebal. Masukkan sos yang di masak ke dalam jag kalis haba.

Apabila sedia untuk dihidang, potong puding pisang dan tuangkan sos karemel ke atas puding dan tambahkan ice cream atau “whipped cream”.

8. Resepi Bibimbap Guna Periuk Nasi

resepi bibimbap korea guna periuk nasi
Anda gemar masakan korea? Anda boleh menghasilkan bibimbap dengan cara yang mudah dan ringkas. Anda hanya perlukan sayur, ikan salmon, dan periuk nasi untuk masak masakan sedap khas korea ini.

Bahan-bahan:

280g sayur bayam
Minyak bijan
Cuka beras
Garam dan lada hitam
225g salmon yang di potong setebal 1/4 inci
1 cawan beras, bersaiz serdahana yang telah dibasuh
1 lada hijau, dihiris halus
3 sudu besar kimchi yang telah dicincang
2 biji telur
Kochuj ang atau pes cili korea atau pes cili biasa
Bijan dan daun bawang yang dicincang untuk perhiasan

Cara menyediakan:

Gunakan fungsi stim, stimkan bayam di dalam periuk nasi kira-kira 8 minit sehingga lembut. Selepas itu, letakkan bayam ke atas tisu dapur untuk dikeringkan dan hiris nipis bayam tersebut dan masukkan ia ke dalam mangkuk. Masukkan minyak bijan, cuka beras dan garam. Taburkan sedikit garam dan lada hitam ke atas salmon, dan stimkan salmon selama lebih kurang 15 minit. Potong salmon kepada kepingan.

Bersihkan periuk nasi dan masak nasi. Masukkan hirisan lada hijau dan kimchi, kemudian kacau nasi sehingga ke dasar periuk nasi. Tuang 2 sudu kecil minyak bijan ke atas nasi dan pecahkan 2 biji telur ke dua belah nasi dengan berhati-hati. Tutup penutup dan masak untuk masa 5 minit.

Setelah masak, susun salmon dan bayam di sebelah telur, tutup dan stim lagi sehingga telur masak. Letakkan pes cili di tengah-tengah nasi.

Apabila sedia untuk dihidang, gaulkan kesemuanya. Ceduk nasi yang telah digaulkan ke dalam pinggan dan taburkan bijan dan daun bawang di atas.

9. Resepi Sarapan Sihat Oat Badam Vanila Masak Periuk Nasi

resepi sarapan sihat oat badam vanila guna periuk nasi
Untuk sarapan sihat, Anda boleh cuba masak oat badam vanila yang sedap ini guna periuk nasi

Bahan-bahan:

1 cawan oat kasar
2 cawan susu soya tanpa gula
1 1/2 cawan air
2 sudu kecil esktrak vanilla
1/2 sudu kecil garam
Badam yang dicincang kasar
Gula merah
‘Maple syrup’

Cara menyediakan:

Masukkan oat, susu soya, air, ekstrak vanilla dan garam ke dalam periuk nasi. Masak menggunakan ‘setting’ bubur.

Hidangkan, taburkan ‘topping’ pilihan anda di atas.

10. Resepi Tofu Asparagus Masak Periuk Nasi

resepi makanan sihat tofu asparagus masak periuk nasi
Jika Anda ingin makanan sihat dan lezat yang boleh dimasak dengan mudah dan ringkas, Anda boleh mencuba resepi tofu asparagus dengan menggunakan periuk nasi sahaja.

Bahan-bahan:

1/2 ikat asparagus, dipotong 1 1/2 inci
1/2 blok tofu goreng, dipotong bentuk kiub
1/2 lobak merah, kupas dan dihiris nipis
1 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos kicam manis
1 sudu kecil minyak sayuran
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil madu

Cara menyediakan:

Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Masukkan bahan ke dalam pinggan kalis haba. Letakkan ke dalam periuk nasi. Masak untuk 15-20 minit.

resepi char kuey teow basah ayam original penang sedap 01

Resepi char kuey teow basah dengan ayam original Penang

resepi kek minyak tanpa telur step by step sukatan cawan 05

Resepi Kek Minyak Tanpa Telur Sukatan Cawan